"Save Our Palestine... Save Our Palestine... Save Our Palestine" "Please Pray for Palestine...."

Indonesia : Semusim bersama , seabad terasa

>> Monday, August 18, 2008

(Bingkisan dari Malaysia)



10 hari percutian di Indonesia memberi saya pelbagai pengajaran dan pengalaman.Pelbagai kenangan yang saya kutip di sana.Perkara yang paling tidak akan saya lupakan ialah bagaimana pertemuan yang sebegini singkat berjaya menitipkan ukhuwwah yang amat mendalam antara saya dan sahabat-sahabat di Indonesia.

Alfi dan Mia adalah 2 orang sahabat dari Jakarta yang tidak jemu-jemu mengiringi kami. Persahabatan saya dan Alfi bermula sewaktu saya dan sahabat-sahabat bermalam di rumah mereka. Mungkin inilah dikatakan manisnya ukhuwwah kerana Allah. Perasaan kasih mudah sahaja tertumpah seandainya kita benar-benar ikhlas inigin bersahabat kerana Allah. Sebagai kenangan, banyak lagu-lagu semangat dari Indonesia Alfi titipkan ke handphone saya . Lagu yang paling saya takkan lupa ialah lagu Indonesia memanggil yang menjadi ringtone handphone Alfi. Selang beberapa hari kemudian, saya diperkenalkan pula dengan Mia. Oleh kerana bilangan sahabat-sahabat dari Malaysia tidak mencukupi untuk menaiki bajai (sejenis kenderaan motor bertayar tiga),saya sukarela menawarkan diri menunggang motor bersama Mia ke tempat lawatan.

Jakarta agak berbeza dari Kuala Lumpur. Para penunggang motosikal dan pemandu kereta boleh dikatakan semuanya jenis berani mati.Suka hati sahaja membawa kereta. Saya asyik pejam mata sahaja sewaktu kenderaan-kenderaan ini berlumba-lumba memintas. Uih, seram. Sewaktu melintas jalan juga begitu. Memang saya tidak berani melintas tanpa pegang tangan mia atau Alfi. Mereka ketawa melihat telatah saya. Memang bahaya cara mereka melintas. Bukan sengaja membahayakan diri, tapi terpaksa kerana pemilik kenderaan pun tidak memberi peluang.

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah sewaktu saya membuat penawaran harga di sebuah kedai buku. Sesudah saya berjaya memiliki buku trsebut, Alfi berkata perlahan pada saya. “ Alfi tidak pernah menawar harga , munawirah. Alfi takut teraniaya peniaga tanpa sedar..” Saya terkedu. Ya, kehidupan di sini jauh lebih malang dari tanahair sendiri. Walaubagaimanapun, saya begitu tabik kepada rakyat Indonesia. Kesusahan dan kepahitan mengajar mereka erti dayajuang hidup yang tinggi. Saya kira, bilangan pengemis lebih ramai di Kuala Lumpur berbanding di Indonesia.

Saya cukup terharu melihat, mereka berhempas pulas menggunakan segala kebolehan yang ada untuk mencari sesuap rezeki. Saya amat kagum dengan penyanyi jalanan yang sanggup naik turun bas menghiburkan penumpang bas dan kenderaan lain, demi mencari perbelanjaan hidup. Sangat kreatif saya kira. Kita tidak akan sampai hati untuk tidak menderma apabila kita mengetahui bahawa itulah satu-satunya punca rezeki mereka. Sunnguh peluang pekerjaan tidak dapat menampung bilangan penduduk Indonesia yang sangat ramai. Saya berangan, alangkah bagusnya kalau ada juga pendakwah yang boleh mengalunkan lagu-lagu nasyid dengan naik turun bas ini..mesti lagi “touching”

Takdir Allah, kebanyakkan sahabat yang saya jumpa, mereka merupakan aktivis persatuan Islam. Banyak pandangan yang kami kongsi bersama. Saya cukup tertarik dengan didikan tarbiyyah mereka. Sistem tarbiyyah mereka bukan sahaja berjaya mendidik ahli menjadi seorang berakhlak baik malah juga faqih siasah apatah lagi agama.Mungkin kerana factor inilah, berjaya membentuk kefahaman yang akhirnya menatijahkan peribadi mereka yang sememangnya benar-benar berani mati untuk Islam.

Saya tidak akan lupa, kisah Sunarti, salah seorang tokoh pejuangan gerakan mahasiswi Islam yang mati dicekik musuh sewaktu beliau pulang dari Kuliah Subuh di surau dek kerana beliau amat ditakuti dengan kelantangan beliau dalam gerakan. Umur beliau tika itu sangat muda.., sebaya saya sewaktu beliau meninggal…Untungnya mati dalam perjuangan.

Sahabat-sahabat di sana amat meraikan tetamu. Setiap kali sarapan pagi, meraka akan menjamu kami dengan pelbagai makanan yang berat-berat. Saya rasa saya makan paling banyak di sana. Hairan, tidak gemuk-gemuk juga..

Bakso paling saya gemari di samping bubur nasi ayam. Memang berlainan sedikit daripada Malaysia. Keasliannya sangat enak.Apatah lagi, saya memang kaki makan.Jalan-jalan cari makanlah.Tapi, dalam banyak-banyak jenis makanan, saya takkan lupa hidangan keropok yang saya jamah sewaktu pertemuan dengan sahabat-sahabat di Bandung. Kalaulah Fitrah, Ros dan Hafizah terbaca blog ini, pasti mereka akan tersenyum mengingati peristiwa ini kembali. Saya agak lambat menjamah hidangan yang terhidang pada hari itu. Menjadi kebiasaan, apabila berdiskusi, saya cukup pantang focus saya terganggu. Jadi, setelah saya sudah benar-benar hadam makluamt yang penting, barulah saya mengubah pandangan saya kepada perkara lain. Tanpa membuang masa, saya terus mematahkan sedikit keropok di hadapan saya dan memasukkan sedikit ke mulut saya..,dan….

“ Eh, sedaplah keropok ini. Ikan jenis apa ya”

termangu-mangu sahabat saya dari Indonesia

“Ya, keropok ini, ini keropok ikan kan??”

Saya mula tak sedap hati

“oh,itu keropok. Ngakk, keropok itu bukan ikan mbak.itu dari muncung lembu..”

“erk..muncung lembu yang kat hidung tu ke…?”

“Iya”

Serta merta airmuka saya berubah dan mereka mentertawakan saya.

“Lain kali akak jangan Tanya dari apa makanan ni..” Ros berbisik perlahan.

Masa yang berlalu juga amat perlahan saya kira semasa berada di Indonesia. Memang Indonesia awal sejam dari Malaysia, tapi sungguh masa amat perlahan berlalu. Kata hafizah, ini mungkin kerana keberkatan masa kerana masih ramai ulama asli di sini. Di amati semula kata-katanya, ada benarnya. Ya, jika lihat semula gerakan tarbiyyah di sini, ahli-ahli mereka amat dititikberatkan dengan tilawah Al-Quran dan qiayamullail.Kalau tak, jangan haraplah nak bergelar ahli gerakan.

Kami juga berkesempatan melawat rumah AA Gym, pendakwah Indonesia yang terkenal berjiwa tasawwuf dan tema 5S. Lupakan kisahnya yang terkenal dengan kontroversi poligami. Satu perkara yang amat saya kagum tentang beliau, walaupun berjaya membuka pusat pengajian ala-ala pengisian pengajian pondok di Malaysia, namun, bangunan temapat pengajian tersebut tidaklah sedhaif di sini. Dia benar-benar mengambil dunia sebagai temapt bercucuk tanam. Untuk menampung kos pusat pengajian tersebut yang semakin berkembang, bertambah ahli dan besar, beliau juga membuka perniagaan keluarga. Boleh dikatakan satu lorong jalan tersebut berjaya dimiliki beliau. Subhanallah, jika lihat perniagaannya, kita tidak akan terfikir bahawa ia dimiliki oleh ulama tasawwuf. Saya berkesempatan mengihya’kan 1/3 malam saya di masjid daurat tauhid, kepunyaan beliau. MasyaAllah, memang ramai. Baik yang makcik-makcik mahupun yang tua. Satu lagi peristiwa yang terkesan di hati saya ialah sewaktu kuliah Isya’ di masjid tersebut, Ustaz yang memberi pengisian berjaya mengislamkan seorang warga asing wanita. Keadaan menjadi begitu sayu apabila kita sama-sama bermuhasabah mengenai keIslaman masing-masing dan saling mendoakan kesejahteraan Islam sesame sendiri..

Apapun, segala mutiara berharga yang berjaya saya perolehi tidak kan saya lupakan sehingga bila-bila.

Indonesia., aku akan merinduimu..

Dedikasi khas buat alfi, mia dan shbt2 kammja, kammda..dan adik2 shbt m’sia yang bersama-sama..

1 comments:

Muhibbah Wisata Wednesday, August 27, 2008 11:33:00 AM   Reply To This Comment

Kalau nak melawat kat Sumatera Barat, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi – Sumatera Barat
Telp. +62 752 32999, 7020149
Fax +62 752 32999
E mail / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
Mobile : +62 81363408670 ( Roni )

Post a Comment

Silakan masukkan komentar Anda. Jangan melakukan spam, gunakan bahasa yang sopan. Admin akan memeriksa komentar yang masuk. Terima kasih. :-)

Blogger

Komentar Artikel

Artikel Terbaru

Belajar menjadi pembelajar yang baik

(c) 2009, Butiran Pasir

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP